Mudahnya Proses CCC...
Salam...walaupun sepanjang saya di sini dan sehingga ke hari ini belum ada permohonan CCC dikemukakan, saya cuba untuk berkongsi pengetahuan hasil pembacaan dari manual/garis panduan yang dibekalkan dan berkongsi dengan rakan osc yang lain. Pada mulanya saya pun kurang jelas, tak pasti apa yang patut saya buat bila ada permohonan CCC, tambah Bah. berwajib yang memprosespun masih blur dan kurang memberi komitmen yang begitu baik kepada OSC. Jadi saya pun mentelaah panduan itu berkali-kali. Dan secara rumusannya proses CCC adalah begini;
1. Pertama, pastikan permohonan yang masuk, kelulusan Pelan Bangunannya adalah selepas 13 April 2007. Biasanyer pemohon/ perunding akan kemukakan Borang B..'Notis memulakan kerja di tapak' terlebih dulu.
2. Selepas kemuka Borang B, semak permohonan Pelan bangunan. Kalau sebelum tarikh 13 April 2007 daftarlah sebagai permohonan CFO kalau selepas tarikh tersebut CCClar jawabnyer
3. Sebenarnya, ramai PSP atau SP masih tidak mengetahui tentang prosedur CCC ni, jadi Unit OSC yang bertindak sebagai Urusetia perlu beri tunjuk ajar (advise) dengan prosedur yang betul.
4. Pastikan pemohon kemukakan Borang B bersama-sama Borang G1-G3 dengan lengkap (diperakukan/ditandatangani). Kalau tak lengkap, jgn terima dan pulangkan semula. Selagi permohon tidak hantar secara lengkap, abaikan dan jangan daftar permohonan tersebut.
5. Apabila dokumen lengkap, daftar dan buka fail. Keluarkan surat maklum kepada pemohon bahawa permohonan CCC tersebut telah didaftar dan diproses.
6. Pada masa yg sama serahkan permohonan kepada Bhg. Bangunan/ teknikal untuk tindakan lanjut (Bah. Bangunan sepatutnya dah faham tentang CCC), lawatan tapak & penyediaan laporan akan dibuat. Urusetia perlu sk (maklum) surat kepada pemohon bahawa permohonan telah sampai ke Jabt. teknikal Induk (Bhg. Bangunan/ teknikal) perunding akan merujuk kepada Bhg. tersebut.
7. Selagi Bhg. Bgn tidak memberi perakuan tentang ketidakakuran, CCC tidak boleh dikeluarkan, tapi Bhg. Bgn/ teknikal kena tahu kalau dlm tempoh 21 hari selepas lawatan tapak dibuat tiada perakuan/ pengesyoran untuk pemberhentian kerja di tapak kerana ketidakakuran..., PSP boleh keluarkan CCC.
8. Pastikan sebelum CCC dikeluarkan oleh PSP, semua borang G yang lain (Borang G4-G21) dikemukakan dgn lengkap berserta surat sokongan dari jbt teknikal luaran yg terlibat. Failkan dan rujuk semula Bhg. Bagunan/ teknikal untuk makluman dan semakan.
9. Setelah selesai CCC dikeluarkan, PSP perlu(wajib) kemuka satu salinan CCC original ke PBT melalui OSC. OSC boleh menyimpan sesalinan untuk rekod, satu salinan/original ke Bhg. Bangunan/ teknikal. pastikan kemakini buku daftar untuk masukan tarikh CCC tersebut dikeluarkan.
10. Semua surat-surat berkaitan CCC boleh di sk kepada lembaga PSP berkaitan, terutamanya yg melibatkan ketidakpatuhan di tapak atau kegagalan mengemukakan dokumen Borang2 G tersebut, sbb mereka takut lesen ditarik. So kerja kita mungkin mudah sedikit dengan adanya komitmen paksaan ini.
Borang G boleh didapati dalam laman web lembaga masing-masing. Tapi kat Web OSC MDB dah sedia dah, boleh download, benda tu pun dari lembaga.
Saya rasa itu saja yang saya boleh terangkan...utk lebih tepat dan lanjut, sila rujuk buku panduan baru CCC versi ke 2.
Saya harap staf OSC MDB punya akan cuba memahaminya.
Harap yang lain boleh kongsi sama. Sekiranya ada yang tak tepat, sila beri tunjuk ajar.