Welcome
Welcome to <strong>UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) MAJLIS DAERAH BALING</strong>.

Sekarang anda berada diruangan forum Unit OSC MDB. Sila daftar terlebih dulu sebelum memberi sebarang cadangan atau pandangan. Anda boleh memberi padangan dalam mana-mana topik yang berkaitan atau hanya ingin bersantai dengan kawan-kawan anda. Kembali ke , <a href="http://www.mdbaling.gov.my/osc">LAMAN UTAMA</a>!

OSC di mana?

Sembanglah apa saja kecuali perkara-perkara dinyatakan dalam syarat-syarat/peraturan forum ini.

OSC di mana?

Postby abg osc on Mon Jul 07, 2008 2:01 am

Saya cukup hairan dan marah apabila ada pihak yang menuduh adanya OSC, proses dan prosedur kerja menjadi lambat serta bertambah lambat.

Saya hanya cuba menerangkan beberapa perkara. Malah saya cukup hairan kenapa orang yeng menimbulkan isu tersebut merupakan mereka yang memproses serta memperakui sesuatu pelan untuk diluluskan.

Sesiapa yang hairan atau terperanjat mengenai kewujudan OSC di PBT, mereka adalah orang yang poyo - ngok tidak tahu membaca dan mengetahui perkembangan inisiatif baru kerajaan ini. Saya label mereka-mereka ni SBP (Sombong, Bodoh & Pekak).

Saya tahu kenapa perlu adanya OSC, sebab saya bertanggungjawab sepenuhnya. Walaupun hanya bertugas di cebisan daerah utara dalam peta semenanjung malaysia. Setahun saya berkongsi hidup dengan garis panduan OSC yang kini ada Versi kedua serta berulang alik dengan kuda hitam yang minumannya sudah naik harga(RM 0.78 sen/liter) merisikokan nyawa dan kadar frekuensi service kereta yang kerap menelan belanja RM 7,920.00. Sebab tuh saya tahu.

OSC bukan menyusahkan bahkan memberi kesenangan seratus peratus kepada PBT yang pegawai-pegawainya sibuk 90% mengerjakan bukan kerja dan tugas hakikinya. Tapi kalau tak follow garis panduan yang diberikan oleh bapak kementerian, sampai hari kiamat pun tidak akan mencapai garis matlamat yang menjadi fokus kenapa saya dan kawan-kawan lain di tempatkan di OSC.

Cuba ingat betul-betul dan ingatkan apa yang selalu diceramahkan oleh Bapak Fuad. Bukankah Bapak Fuad selalu berkata - selagi perkara itu boleh dimudahkan, mudahkan ia dan jadikan ia fleksibal. Contoh, klu dah ditetapkan ulasan AT hanya dalam tempoh 25 atau 14 hari, maka AT boleh buat kurang dari itu. Sekiranya, tak boleh secara bertulis, ulasan boleh diberikan dalam mesy. JK OSC. Dan kalau tak boleh juga, pengerusi berhak membuat keputusan tanpa merujuk AT yang lembab macam siput tuh. Di sini peranan pengerusi. Tak tahulah ada pengerusi yang tak faham.

Ini ada Bahagian AT dalaman yang masih stereotaip dengan mengatakan "selagi kami tak dapat komen/Ulasan AT luar, kami tak boleh pergi site, buat perakuan, macam yang lepas-lepas"... Apa ker tidak terfikir, u all ni PIHAK BERKUASA TEMPATAN, makanya, gunalah KUASA itu mengikut lunas 171 dengan bijaknya. Kalau AT luaran tuh ambik masa 110 hari nak komen, tak kan, bahagian AT dalaman nak buat kerja selepas 110 hari?.

Soal siapa bertanggungjawab terhadap pelan yang akan diluluskan tak timbul, kerana PSP atau SP akan bertanggungjawab sepenuhnya, AT hanya tambah keperluan lokal dan setempat serta mengelakkan berlakunya kacau ganggu disebabkan sesuatu projek atau permohonan. So, nak takut apa. Atau tak faham. Tepuk dada tanyalah hati.

Memasuki gerombolan OSC adalah titik permulaan saya mengembangkan pengetahuan dan pengalaman. Tetapi sedar atau tidak, OSC masih dalam keadaan yang tidak berapa disukai dan boleh dikatakan sedang tertindas. Namun ia tidak berlaku di semua tempat. YDP atau SU yang faham mengenai OSC, dia akan mengangguk dan berkata, kita perlu sokong 100% inisiatif kerajaan ini, seumpama PBT menyokong 100% kenaikan gaji kakitangan.

Menyokong dan sama-sama sebaris berjuang dengan gerombolan OSC yang tertindas dan sesak nafas adalah tugas semua baik diperingkat bawah atau atas.

Tindakan ini bukan khianat kepada tanggungjawab. Ia merupakan tindakan yang tepat. Kita semua wajib belajar daripada perkara yang baru daripada mengagung-agungkan prosedur lama yang tak ketentuan hala serta tak pasti hujung pangkalnya serta yang hanya diketahui oleh ketua-ketua bahagian yang takutkan jawatannya tergugat dan teragut oleh kehadiran OSC yang tidak diundang. Kita patut bangun untuk sama-sama menyokong inisiatif kerajaan ini. Biar para profesional yang gajinya 18 kali ganda daripada kita yang di PBT ni bertanggungjawab dengan cadangan serta perakuan mereka diatas kertas mahupun diatas pelan yang dikemukakan.

Ada sesiapa yang masih kurang jelas?

Kalau masih ada mereka yang tidak faham, maka mengikut kitab al-Fikarabun, kumpulan yang tidak faham ini tergolong kepada pengikut mazhab sesat lagi menyesatkan.

Syabas kepada OSC yang berjaya menjalankan tanggungjawab OSC dengan baik– anda jujur dengan arahan kerajaan ini membantu yang lemah(PBT) dan melawan yang gagah(pemohon/pemaju).

Dalam meeting, OSC sering dikaitkan dengan lambat dan kurang difahami. Saya berharap, orang yang dok kata tu, cuba cermin diri dulu.

Dalam masa yang sama ada juga kakitangan dalaman (PBT) sedang berura-ura untuk menibai OSC dari belakang. Ini semua adalah bentuk-bentuk penindasan yang sedang dihadapi oleh OSC. Woi, tak ada kerja ker?. Kita ini duduk sebumbung. So, kerja bersamalah, saya terima kelemahan dan akan buat pembaikan, begitu juga anda semua yang ada di PBT tu.

Tolong !, Bantu kami !, nak saya melutut, pun boleh. Asalkan u all cuba faham apa yang semangat OSC cuba sampaikan.

Saya juga meminta semua fitnah dan tohmah tentang OSC di PBT di hentikan serta-merta. Kami bukan agensi risikan bapak Fuad, kami hanya datang nak menolong.

Rasa saya, mereka yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini adalah mereka yang tidak berpuas hati dengan OSC yang semua kakitangannya TETAp berbanding KONTRAK puluhan tahun di PBT. Dengki.

Ada satu perkara yang amat-amat memilukan hati saya apabila OSC masuk dalam gerombolan PBT ini.

Saya tertanya-tanya, apakah yang akan terjadi kepada kawan-kawan saya yang baru bersama-sama dalam OSC di PBT. Adakah telah bersedia. Apakah mereka telah faham tentang OSC yang mana saya mengambil masa setahun untuk megasimilasi serta menerapkannya sebaik mungkin di PBT. Mungkin saya lembab. Tapi seribu satu keadaan di PBT yang perlu dihadapi. Kalau lemah, timbul mazhab baru sebab ubahsuai disana sini oleh agen "SBP" di PBT. Tapi, kalau kuat u all telah berjaya. Syabas, u all penganglah Versi kedua itu sebagai panduan. It's not perfect but, as a guide.

Sekian.
User avatar
abg osc
 
Posts: 4
Joined: Mon Jul 07, 2008 1:02 am

kecewa

Postby bini Po on Tue Jul 08, 2008 7:35 am

sy stuju dgn abg osc..wlpun sy masih bongsu lage..tp sikit bnyk ble gak phm..bg sy benda ni pokok pangkal dr hati..kl betol ikhlas nk bkrja, biala ikot landasan betol..even benda tu baru, lain dr kebiasaan tp ada benarnya nape kita xble trima plak..tkut pd cbaran..nk trperok kt cni, benda sma je adap..mslh sma gak timbul, xkn nk bia kot..xnk change? plizzz laa..dan kwn2 kl de slh kl tuding jari satu kt org, 4 lage tuding kt sdr..wassalamm
bini Po
 
Posts: 1
Joined: Tue Jul 08, 2008 7:23 am

Bini po tu pandai kungfu eh..

Postby abg osc on Fri Jul 11, 2008 4:55 pm

Bini po tu pandai kungfu eh.., klu pandai boleh tolong ajar...mana nak tahu kot2 kena tibai dari belakang...hehehehe :D
User avatar
abg osc
 
Posts: 4
Joined: Mon Jul 07, 2008 1:02 am


Return to Apa-apa sajalah...

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

cron