Welcome
Welcome to <strong>UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) MAJLIS DAERAH BALING</strong>.

Sekarang anda berada diruangan forum Unit OSC MDB. Sila daftar terlebih dulu sebelum memberi sebarang cadangan atau pandangan. Anda boleh memberi padangan dalam mana-mana topik yang berkaitan atau hanya ingin bersantai dengan kawan-kawan anda. Kembali ke , <a href="http://www.mdbaling.gov.my/osc">LAMAN UTAMA</a>!

Nape Forum ni ada?

Kenapa forum ni ada?

Nape Forum ni ada?

Postby oscmdb on Wed Jul 02, 2008 6:05 am

Salam Sejahter pada semua,

Nape forum ni ada?. cukuplah saya jawab bagi melihat perkembangan terkini mengenai pelaksanaan pusat setempat atau OSC di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan inisiatif kerajaan bagi menambahbaik sistem penyampaian prosedur dan proses cadangan pemajuan serta pelaksanaan pusat setempat di PBT.

Mungkin banyak masalah-masalah yang timbul sehingga menjadi impak kewujudan isu besar dan kecil semasa pelaksanaan pusat setempat ini sama ada diperingkat tertinggi mahupun di PBT seluruh Semenanjung Malaysia.

Nah, inilah wadah percuma dan platform anda untuk kita sama-sama menghimpun serta meluahkan cadangan dan pandangan berkaitan pelaksanaan inisiatif kerajaan ini. Mungkin anda terfikir, kenapa ianya tidak dikemukakan terus kepada pihak atasan mahupun pihak yang berwajib atau saluran-saluran yang legal. Tapi pada hemat saya, sudah banyak penerangan serta sesi bengkel yang telah dibuat oleh pihak berkenaan. Lantaran banyak 'mazhab osc' yang memeningkan kepala pemohon/pemaju semasa mengemukakan permohonan. Maka itulah, saya berpendapat forum ini akan cuba menyelesaikan isu-isu tersebut. InsyaAllah, ia akan didokumentasikan dan akan menjadi satu resulosi penambahbaikan inisiatif baru ini hasil daripada buah fikiran agen pelaksana OSC di PBT (semua urusetia OSC, atau pegawai-pegawai, atau kakitangan OSC di PBT).

Akhir kalam, berilah ruang untuk anda menulis tentang apa jual permasalahan serta kemungkinan isu yang akan timbul dalam sesuatu proses/prosedur dibawah inisiatif baru ini.

Sekian, wassalam.
User avatar
oscmdb
Site Admin
 
Posts: 7
Joined: Wed Jul 02, 2008 2:47 am

Return to UNIT OSC MDB

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

cron