Welcome
Welcome to <strong>UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) MAJLIS DAERAH BALING</strong>.

Sekarang anda berada diruangan forum Unit OSC MDB. Sila daftar terlebih dulu sebelum memberi sebarang cadangan atau pandangan. Anda boleh memberi padangan dalam mana-mana topik yang berkaitan atau hanya ingin bersantai dengan kawan-kawan anda. Kembali ke , <a href="http://www.mdbaling.gov.my/osc">LAMAN UTAMA</a>!

Pemajuan yang tak perlu KM

Sejauh mana proses dan prosedur yang diperkenalkan dibawah pelaksanaan OSC berkesan, difahami dan diikuti.

Pemajuan yang tak perlu KM

Postby oscmdb on Tue Jul 08, 2008 2:52 am

Sebenarnya, tak perlu dihighlight benda ni, sebab dalam Akta 172, seksyen 19 (2) ada disebut dengan terang. Cuma mungkin bahasanya yg menyebabkan sesetengah awam kurang faham.

Ok, tak apa mari kita senaraikan aktiviti yang tak perlu KM.

1. Aktiviti penyenggaraan, Pengelokan dan Pengubahan dalaman Sesuatu Bangunan. Iaitu menyentuh hanya bahagian dalam bangunan tanpa mengubah rupa fizikal bangunan. Oleh itu bila perubahan fizikal pada bahagian rumah yang melibatkan pertambahan luas lantai (rujuk no. 10)serta ketinggian bangunan, perubahan kegunaan (rumah kepada kedai). Kena KM lah kan? (harap ada penerangan yg memuaskan hati daripada pihak JPBD Perundangan). So berapa banyak PBT yang tak tahu benda ni..atau. Tahu, tapi tak buat. Atau..buat2 tahu..tapi tak tahu, sbb tu tak buat. Rugilah...

2. Yang ni terang, memang tak perlu. Aktiviti penyenggaraan projek infra & utiliti oleh pihak berkuasa yang ditubuhkan oleh undang2. Walau bagimanapun, kerja2 pengorekan parit saliran utk tujuan pengairan skim pmbangunan pertanian dan projek2 baru infrastruktur & utiliti.

3. Ini tak padan nak buat KM. Korekan telaga untuk Pertanian.

4. Penggunaan Tanah atau Bangunan bagi tempoh tidak lebih daripada satu (1) bulan.

5. Pembinaan Bangunan Sementara.

6. Pembinaan atau Penggunaan Bangunan dan Tanah dalam perkarangan rumah.

7. Perubahan Material kepada tanah atau bangunan yang telah mendapat pengecualian KM daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

8. Aktiviti pembangunan dalam kawasan pertanian.

9. Pembangunan satu(1) unit kediaman di atas lot yang telah diberikan KM untuk keseluruhan susun atur.

10. Tambahan ruang lantai atau ubahsuai yang kurang drp 500 sq. ft. Tertakluk kepada akta-akta lain.

So, sapa2 yang rasa masih tak paham atau masih blur, eloklah bertanya terus kepada Bah.Perundangan, JPBD HQ.

Layari http://www.townplan.gov.my
User avatar
oscmdb
Site Admin
 
Posts: 7
Joined: Wed Jul 02, 2008 2:47 am

Return to Buku Panduan OSC Edisi 2

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

cron