Tunai Syarat sebenarnya merujuk kepada ulasan/komen/padangan serta keperluan teknikal yang perlu dibuat oleh permohon/pemaju atau perunding yang mengemukakan permohonan pemajuan kepada PBT. Mungkin ada definisi lain atau rujukan lain yang langsung kepada pengertian sebenar TUNAI SYARAT. Tapi sehingga ke hari ini saya masih mencari.
Walau bagaimanapun mari kita bincangkan apa implikasinya sekiranya TUNAI SYARAT diabaikan atau bila TUNAI SYARAT sepatutnya dibuat.
1. Syarat yang diberikan oleh AT atau PBT sebagai keperluan untuk meluluskan satu-satu permohonan pemajuan tanah. Ia perlu merujuk kepada keperluan atau kehendak-kehendak undang2 yang berkaitan serta kehendak2 lokal dan kesesuaian persekitaran. So, kalau tunai syarat diabaikan, maka pemaju akan sesuka-suka hatinya memajukan tanahnya mengikut kehendaknya sendiri, tanpa memikirkan keselamatan dan kepentingan permintaan dan penawaran (skim peerumahan) yang menyebabkan banyak terbengkalai serta tidak dapat dijual.
2. Dalam memproses permohonan pemajuan tanah, proses tunai syarat perlu dibuat selepas 14 hari penerimaan ulasan AT atau sekiranya ulasan AT telah diperolehi kesemuanya. Jadi, Bah. yang memproses perlu mengemukakan arahan tunai syarat kepada pemohon sebelum 'kertas perakuan' dibuat untuk dibawa ke Jawatankuasa OSC. Dalam situasi ini pemohon perlu membuat pindaan serta tunai syarat yang dikehendaki. Setelah diperakukan oleh Bah. Memperoses, maka syor kelulusan diberikan kepada J/K OSC, mesyuarat akan meluluskan permohonan tersebut. Jadi, sekiranya tunai syarat dibuat selepas mesyuarat, akan berlaku delay (kelewatan) dipihak PBT yang mengadakan mesyuarat 3 bulan sekali (dengan kata lain tidak patuh kepada garis panduan yang diberikan, 2 kali sebulan).
3. Bah. memproses tidak perlu menunggu AT luaran memberi ulasan terlebih dulu. Mereka boleh bertindak bila mana mereka menerima permohonan pada hari berkenaan (proaktif). Sekiranya ulasan masih belum diterima terutama selepas tempoh 14 hari, urus setia OSC akan meminta Bah. Memproses mengemukakan kertas perakuan ke Mesy. JK OSC untuk meminta ahli mesyuarat (terdiri AT luaran) untuk memberi komen secara lisan. Ia akan direkodkan. YDP akan terus membuat keputusan sama ada lulus, tolak, KIV atau ubahsuai. Oleh itu proses tunai syarat akan dibuat selepas keputusan dan ulasan dalam mesyuarat diberikan.
4. Syarat terbahagi kepada 2 iaitu Syarat Teknikal dan Syarat Bukan Teknikal. PBT dicadangkan tidak memberikan Syarat Bukan Teknikal yang membebankan permaju/pemohon. Walau bagaimanapun, Syarat Bukan Teknikal bukanlah pra syarat untuk kelulusan pemajuan/permohonan melainkan ia telah digazetkan dalam warta negeri atau badan berkanun lain. Cth: Kouta Bumiputera atau Rumah Kos Rendah. Ini juga memberikan implikasi kepada kelewatan tunai syarat kerana ia akan melibatkan rayuan yang akan memakan masa yang lama untuk diselesaikan.
5. Dalam sistem CCC, Bah. Memproses (Perancang, Bangunan. Infra dll jab.di PBT) tidak perlu bertanggungjawab sepenuhnya kepada pemajuan-pemajuan yang dibuat. Ini kerana orang yang bertanggungjawab adalah badan profesional yang gajinya 18 kali ganda daripada gaji2 ketua2 bahagian memproses atau dipanggil PSP (principle submiting person) atau SP (submiting person). Jadi tak perlu takut, cuma perlu penerangan kepada pemohon, pemaju serta perunding yang masih jakun dengan proses baru ini. Keadaan ini juga akan mempercepatkan proses tunai syarat, kerana ia hanya melibatkan sedikit pindaan atas pelan dengan memasukan syarat2 yang dikenakan. Dalam situasi ini, PSP bertanggungjawab mematuhi segala syarat-syarat teknikal dan pemaju perlu menyelesaikan dengan pihak PBT syarat-syarat bukan teknikal yang dikenakan.
Mungkin banyak lagi permasalahan yang timbul dalam proses tunai syarat serta rangkaian proses keseluruhan permohonan pemajuan tanah. Jom kita kongsi sama-sama.
Di harap site admin osc mdb perlu masukan penerangan Panduan Pelaksanaan Sistem Pengeluaran CCC yang menyentuh syarat-syarat teknikal dan bukan teknikal dibawah Buku Panduan Edisi 2 untuk kefahaman semua.
